Sumbangan Bencana Narjis oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPTA
5 Ogos 2008, K.Lumpur (AMAL) - Bencana Narjis terus mendapat perhatian dari masyarakat Malaysia kerana simpati terhadap mangsa-mangsa bencana ribut Narjis di Myanmar. Pihak Yayasan Amal Malaysia telah di jemput dan menerima sumbangan tersebut dari wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka bersempena Majlis Konvokasyen Universiti Malaya 2007/2008 di Universiti Malaya, K. Lumpur pada 5 Ogos 2008. YDP MPP UM, Sdr Afandy Sutrisno Tanjung telah menyerahkan sumbangan tersebut hasil dari kutipan di kalangan mahasiswa dan telah menyerahkan kepada wakil AMAL, En. Jamuliddin Elias Presiden AMAL. Turut hadir bersama dalam majlis penyerahan adalah En. Azri Mohamad Arish Ajk AMAL Pusat, En Azraee Hj Harun Naib Pengerusi 2 AMAL Cawangan Selangor, En. Hj Mahmudin Hj Yusof Ajk AMAL Cawangan Selangor dan Sukarelawan AMAL Kak Ros.